fbpx

Tiada isu pesakit kanser tunggu lama dapatkan rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly menandatangani ikrar kerjasama bersama badan pertubuhan bukan kerajaan pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Kanser Sedunia 2024 di Universiti Cyberjaya, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mengesan sebarang isu pesakit kanser yang terpaksa menunggu terlalu lama bagi mendapatkan rawatan terutama di hospital-hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, mengikut kebiasaan, setiap pesakit kanser hanya perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 hari untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Bagaimanapun, katanya, tempoh berkenaan turut mengambil kira tahap keseriusan pesakit kanser berkenaan untuk mendapatkan rawatan segera.

“Ia bergantung kepada tahap keseriusan dan keperluan perubatan pesakit kanser berkenaan.

“Sebaik sahaja dikenalpasti memerlukan rawatan kecemasan, pesakit akan segera dirawat. Kalau tidak pun, mereka diberikan masa paling lewat sebulan tapi ia bergantung kepada keutamaan dan kes tersebut.

“Kadang-kadang ada juga kes dimana pesakit terus dirawat dan dibedah pada keesokan harinya selepas disahkan menghidap kanser dan memerlukan rawatan segera,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan sambutan Hari Kanser Sedunia di sini, hari ini.

Katanya, tidak wujud isu menunggu lama bagi pesakit kanser mendapatkan rawatan memandangkan KKM mempunyai sembilan hospital khusus bagi rawatan kanser.

Dr. Dzulkefly berkata, isu berkenaan tidak timbul kerana setiap klinik kesihatan telah dilengkapi dengan kemudahan pengesanan awal supaya boleh merujuk terus kepada hospital KKM.

Menurutnya, antara hospital khusus bagi rawatan kanser termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Kanser Negara (IKN), Hospital Sultan Ismail di Johor, Hospital Pulau Pinang (HPP), Hospital Likas di Sabah dan Hospital Umum Sarawak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI