fbpx

Semakin kuat bayi menangis semasa lahir tanda lebih sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) memaklumkan suara tangisan seseorang bayi yang baru dilahirkan boleh menentukan tahap kesihatan badannya.

Menerusi perkongsian PHM di Facebook, menangis adalah salah satu perkara yang penting untuk para doktor mengetahui bayi dilahirkan itu sihat atau tidak.

“Lebih kuat menangis lebih tinggi peluang untuk sihat.

“Ia semua perlu berlaku dalam tempoh seminit. Jika seminit demi seminit berlalu tanpa tangisan, maka peluang bayi untuk hidup sihat selepas itu adalah rendah.

“Kerana bayi tidak bernafas dan boleh menyebabkan kurangnya oksigen ke otak. Ini menyebabkan kecacatan otak seumur hidup,” kata PHM.

Sehubungan itu, PHM menjelaskan terdapat tujuh punca awal yang boleh dikesan sekiranya seseorang bayi itu tidak menangis semasa dilahirkan.

“Antaranya adalah otak bayi kekurangan oksigen, terdapat jangkitan kuman semasa mengandung, masalah genetik, berlaku kecederaan pada otak bayi

“Selain itu, punca yang lain adalah kelahiran pramatang, masalah kongenital atau bayi mengalami Sindrom Kesukaran Pernafasan (RDS),” terang PHM. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI