fbpx

Saya introvert, minat bisnes – Marissa Dania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial dan model, Marissa Dania Hakim yang kini menjadi bualan hangat ramai mendedahkan dirinya seorang yang introvert iaitu pemalu atau selesa melakukan banyak perkara secara bersendiri.

Marissa, 19, yang juga anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi itu mengakui hal itu ketika disoal mengenai perwatakan dirinya.

“Introvert,” jawabnya ringkas ketika sedang didandan dalam sebuah video TikTok baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia mengakui meminati bidang perniagaan dan tidak menolak untuk aktif sebagai usahawan sekiranya tidak menjadi pensohor media sosial.

“Saya minat bisnes. Mungkin akan jalankan perniagaan,” ujarnya dalam video yang dimuat naik oleh @lovaacosmetics.hq itu.

Dalam masa sama, kenyataan yang dikeluarkan isteri Ahmad Aslam itu dikecam hebat oleh netizen namun rata-rata mengakui Marissa memiliki rupa paras yang cantik.

“Aku geram, nak marah tapi dia cantik.

“Kalau tak jadi pempengaruh, sepatutnya jawapan dia penyondol,” komen netizen.

Terdahulu, kakak ipar kepada Aslam dikenali sebagai Nadiah mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu menunaikan umrah. Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa.

Kini, Marissa mahupun Misya yang dikatakan sudah bermadu itu ligat memenuhi undangan sebagai model bagi beberapa produk jenama tempatan.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan pernikahan tersebut apabila panggilan telefon serta mesej tidak dijawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI