WASHINGTON – Satu kajian baharu mendedahkan bahawa saintis buat kali pertama mengesan molekul air pada permukaan asteroid, lapor saluran berita CNN semalam.
Penemuan itu menyokong teori sejak sekian lama bahawa fenomena asteroid terhempas di Bumi membantu menghantar air dan unsur lain ke planet ini.
Data itu dikumpul menggunakan teleskop Balai Cerap Stratosfera untuk Astronomi Inframerah.
Teleskop dikenali sebagai SOFIA itu dibawa ke stratosfera Bumi menggunakan pesawat Boeing 747SP.
Melalui penggunaan kamera inframerah SOFIA, ahli-ahli astronomi mengesan molekul air pada Iris dan Massalia. Kedua-dua dua asteroid itu terletak dalam lingkaran asteroid utama antara orbit Planet Marikh dan Musytari.
Kedua-duanya berada lebih 3.59 juta kilometer dari Matahari.
Penemuan itu diterbitkan pada Isnin lalu dalam The Planetary Science Journal. – AGENSI