fbpx

Prasarana tuntut ganti rugi RM38juta ekoran penutupan laluan Bandaraya-Masjid Jamek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika sidang media pembukaan semula laluan antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya. Foto : Saddam Yusoff/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat tuntutan ganti rugi dan tindakan undang-undang kepada pemaju dan pemilik sebuah hotel berdekatan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tindakan terbabit dibuat ekoran Prasarana telah mengalami kerugian kira-kira RM38 juta selepas laluan LRT antara Stesen Bandaraya dan Masjid Jamek yang sebelum ini ditutup lebih setahun.

Jelasnya, tuntutan tersebut melibatkan kos pembaikan struktur yang rosak serta kerugian lain yang ditanggung sepanjang penutupan laluan terbabit.

“Arahan daripada pihak kementerian adalah kita laksanakan dahulu (proses pembaikan laluan), selepas itu baru kita bawa tuntutan pampasan.

“Jika kita ambil tindakan lain seperti tuntut pampasan dahulu, baru fikir nak baiki, gangguan akan berlanjutan lebih lama dan ini akan lebih menyusahkan pengguna.

“Secara keseluruhan kerja-kerja pembaikan yang bermula Mac tahun lalu berjaya disiapkan pada Disember lepas sebelum melalui beberapa siri ujian bagi tujuan keselamatan rel dan pematuhan piawaian sebelum kita buka sepenuhnya semula operasi hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di sekitar Stesen Bandaraya hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembinaan hotel berdekatan Stesen Bandaraya itu juga dibuat tanpa mendapat kebenaran dan persetujuan daripada pihak Prasarana sebelum ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI