fbpx

Pembantu gerai lemas ketika mandi di Sungai Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan dekat Kampung Kampung Haul, Machang, petang tadi. Foto IHSAN BOMBA

MACHANG – Kegembiraan seorang pembantu gerai mandi di Sungai Kelantan dekat Kampung Haul, di sini bersama sepupunya berakhir tragedi apabila dia dikhuatiri lemas di sungai itu, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Nurul Farisya Awang Noh, 24, tenggelam di dalam sungai, manakala sepupunya, Rosmaira Maisara Muhamad Azam, 13, sempat menyelamatkan diri.

Kakak mangsa, Norazirah, 24, berkata, Nurul Farisya dikatakan sempat mencapai tangan Rosmaira Maisara ketika lemas, namun genggamannya terlepas kerana kayu yang dipijak patah.

Menurutnya, dia yang tinggal di Batu 30, di sini menerima panggilan daripada sepupunya kira-kira pukul 3 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Saya difahamkan Nurul Farisya ke sungai berkenaan bersama seorang sepupu dan dua budak lelaki yang memancing tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Sebaik menyedari adik saya hilang, Rosmaira Maisara bergegas memaklumkan kejadian itu kepada keluarga kami yang tinggal tidak jauh dari situ,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, sebentar tadi.

Norazirah memberitahu, adiknya bekerja sebagai pembantu gerai di Pulau Pinang dan pulang bercuti ke kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Noorzaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.16 petang tadi sebelum seramai 14 pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dijumpai di kawasan sungai itu kira-kira pukul 7 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI