fbpx

Kim Pan-gon tentukan nasib Wan Kuzain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN KUZAIN (kiri) perlu mendapatkan pasport Malaysia terlebih dahulu sebelum boleh dipanggil menyertai Harimau Malaya.

PEMAIN berdarah warisan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain Wan ­Kamal digesa untuk menguruskan ­urusan pasportnya jika berhasrat menyarung jersi Harimau ­Malaya pada masa akan datang.

Nama Wan Kuzain kembali dikaitkan dengan Ha­rimau Malaya selepas dilihat mengikuti perkembangan skuad kendalian Kim Pan-gon pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar baru-baru ini.

Setiausaha Agung Persa­tuan Bola Se­pak Malaysia (FAM), ­Datuk Noor Azman Rahman mengakui, pemain berusia 25 tahun itu harus mendapatkan pasport Malaysia terlebih dahulu ­sebelum boleh dipanggil menyertai pasukan.

Bagaimanapun, Noor Azman berkata, pada penghujungnya segala panggilan menyertai skuad kebangsaan terpulang kepada penilaian Pan-gon sama ada mahu menyerapkan mana-mana pemain dalam kem latihan pusat selepas ini.

“Dia (Wan Kuzain) kena uruskan dahulu urusan pasport (jika berminat sertai Harimau Malaya). Akhir sekali, apa sahaja keputusan akan terletak di ta­ngan Pan-gon jika mahu memi­lihnya,” katanya kepada Kosmo!.

Sebelum ini, abang kepada Wan Kuzain yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal mendedahkan FAM sudah berhubung dengan pemain itu.

Buat masa ini, bekas pemain sayap skuad bawah 17 tahun AS itu mewakili kelab St. Louis City SC 2 selepas mening­galkan RGV FC Toros pada 2022.

Wan Kuzain pernah dipanggil menyertai kem pusat latihan ­Sukan SEA 2019 di Fili­pina, ­tetapi terpaksa digugurkan kerana masalah dokumentasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI