fbpx

Lelaki warga emas meninggal atas bumbung rumah kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menggunakan jentera ALP bagi menurunkan mayat lelaki warga emas dari bumbung bangunan rumah kedai di Taman Pandan Cahaya, malam tadi.

AMPANG – Seorang Lelaki warga emas ditemui meninggal dunia atas bumbung sebuah bangunan rumah kedai di Taman Pandan Cahaya di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.04 malam.

“Operasi di lokasi mendapati seorang lelaki berusia 71 tahun tidak sedarkan diri atas bumbung sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Ampang.

“Bagi menurunkan mangsa, bomba menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bersama bantuan pasukan polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mayat lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI