fbpx

Lelaki diserang jerung ketika mandi di sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOVARI diserang ikan jerung di Sungai Vaitarna, Selasa lalu. - Foto Jam Press

NEW DELHI – Seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri walaupun sebahagian kakinya dibaham seekor jerung ketika dia berenang di sebatang sungai di India, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Hitesh Govari, 34, cedera pada satu kakinya selepas jerung sepanjang 1.2 meter menyerangnya di Sungai  Vaitarna, India  pada Selasa lalu.

Dia bertarung dengan jerung itu sebelum pengsan di sungai cetek tersebut.

Mangsa dikejarkan ke hospital dan nyawanya dapat diselamatkan tetapi kakinya itu perlu dipotong.

Ikan jerung itu dipercayai berenang ke bahagian cetek sungai tersebut semasa air pasang.

Saudara kandungnya, Umesh berkata, Govari akan pergi berenang di sungai tersebut pada setiap petang.

“Sungai itu bersambung dengan laut. Air laut bertemu dengan sungai dua kali sehari semasa air pasang,” ujarnya.

Ketika kejadian, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat Govari dalam keadaan berdarah di dalam sungai.

“Selepas dia rebah di sungai, jerung itu cuba menyerangnya semula, namun ada nelayan datang membantunya. Mereka berjaya menangkap jerung itu tetapi ia kemudian mati,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI