PETALING JAYA – Seorang pekerja p-hailing yang membakar kereta polis bantuan dan menconteng perkataan jelik di hentian bas dekat Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara di sini, kelmarin, direman selama empat hari.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan.
“Lelaki terbabit direman bermula semalam sehingga 19 Februari ini selepas perintah dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya,” katanya, di sini hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan suspek berusia 26 tahun itu ditahan polis di kediamannya di Flora Damansara, Khamis lalu.
Mohd. Fakhrudin berkata, suspek disyaki melakukan vandalisme di hentias bas sebelum membakar kereta polis bagi meraih tontonan tinggi di TikTok. – KOSMO! ONLINE.