fbpx

[KEMASKINI] Tiada unsur jenayah kes kematian warga emas atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis dengan bantuan bomba menggunakan jentera ALP untuk menurunkan mayat seorang lelaki warga emas yang ditemui meninggal dunia di atas bumbung bangunan rumah kedai, malam tadi.

AMPANG – Kes seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia atas bumbung sebuah bangunan rumah kedai di Taman Cahaya, di sini malam tadi tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 7.08 malam.

Menurut beliau, pihaknya dengan bantuan anggota bomba menggunakan jentera Aerial Ladder Platform untuk menurunkan mayat lelaki itu sebelum membuat pemeriksaan lanjut pada tubuhnya.

“Pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah bagi kes kematian mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 71 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd. Azam berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk proses bedah siasat.

Hasil bedah siasat, kematian warga emas itu dilaporkan berpunca akibat saluran darah tersumbat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI