fbpx

Hubungan akrab Malaysia-Mesir perkukuh kerjasama, bincang bantuan ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kanan) menyerahkan cenderahati kepada Ragai Tawfik sebagai penghargaan di atas jemputan makan malam di kediaman Duta Besar Mesir ke Malaysia, semalam.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima jemputan makan malam bersama Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr di kediamannya, semalam.

Ahmad Zahid berkata, undangan tersebut menyerlahkan keakraban hubungan diplomatik antara Malaysia dan Mesir serta membuka ruang pertukaran pandangan.

Menurutnya, pertemuan itu antara lain turut memberi peluang meningkatkan kerjasama ekonomi, kolaborasi pendidikan dan memperkukuhkan hubungan dua hala yang lebih erat.

“Kami juga sempat berbincang mengenai keadaan terkini di Gaza dan perancangan untuk penghantaran bantuan Ops Ihsan yang berikutnya melalui sempadan Rafah yang dijadualkan pada Mac ini.

“Semoga usaha murni ini dipermudahkan dan bantuan sampai kepada saudara-saudara kita yang terkesan akibat konflik peperangan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Justeru, Zahid berkata, beliau sempat bertukar cenderahati kenangan dan menyampaikan setinggi penghargaan kepada Ragai Tawfik atas layanan mesra yang diberikan.

“Berdoa agar ukhwah yang terjalin ini berkekalan serta menatijahkan kebaikan buat kedua negara untuk terus bekerjasama mencipta kejayaan dan memacu kemajuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI