fbpx

Hidu gam, minum ketum langkah permulaan remaja terlibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tiga dari kanan) melawat seorang kanak-kanak yang berkhatan pada Program Kepolisan Komuniti, Khatan Perdana di SK Paloh, Pintu Geng di Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI/KOSMO!

KOTA BHARU – Perbuatan menghidu gam dan meminum air ketum dikesan menjadi punca awal segelintir remaja di Kelantan terjerumus dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perbuatan menghidu gam boleh merosakkan fikiran anak-anak muda meskipun ia tidak menyalahi undang-undang di negara ini.

Menurut beliau, setakat ini, kes jenayah dan dadah melibatkan golongan remaja di negeri ini masih terkawal.

“Ada segelintir remaja terlibat dengan kegiatan menghidu gam dan minum air ketum. Siasatan mendapati, perbuatan itu merupakan langkah percubaan sebelum berjinak-jinak penyalahgunaan dadah.

“Sehubungan itu, ibu bapa perlu memantau anak-anak terutama ketika keluar bersama rakan-rakan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Kepolisan Komuniti, Khatan Perdana di Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh, Pintu Geng, di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 480 kanak-kanak dan remaja disiram air pili bomba sebelum dikhatankan pada program tersebut.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya memandang serius penglibatan remaja dalam gejala sosial dan penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Menurutnya, institusi kekeluargaan perlu memainkan peranan penting bagi mengelak remaja dengan gejala sosial hingga mereka sanggup melakukan jenayah.

“Ada segelintir ibu bapa langsung tidak ambil tahu aktiviti anak kerana sibuk bekerja. Keadaan itu menyebabkan hubungan ibu bapa dan anak renggang kerana terlalu pentingkan kerjaya hngga pulang lewat malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI