fbpx

Cuaca cerah seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca dilaporkan cerah dan baik dijangkakan di seluruh negara pada pagi ini.

Ia susulan tiada sebarang amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat pukul 9.15 pagi hari ini.

Bagaimanapun, MetMalaysia sebelum ini memaklumkan terdapat lima kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang dan Pokok Sena.

“Ini disebabkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI