fbpx

Bayi lahir hari mengundi diberi nama M Prabowo Gibran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi itu dinamakan sempena nama calon presiden dan naib presiden. - Facebook

JAKARTA – Sepasang suami isteri di wilayah Sumatera Selatan, Indonesia menyambut kelahiran seorang bayi lelaki pada Rabu lalu, lapor laman berita Suara.com.

Bayi dilahirkan pada hari pilihan raya umum Indonesia (Pemilu 2024) itu kemudian diberi nama M Prabowo Gibran.

Pasangan itu menamakan bayi mereka dengan menggabungkan nama calon Presiden dan Naib Presiden yang bertanding iaitu Prabowo Subianto serta  Gibran Rakabuming Raka.

“Masyaallah, alhamdulillah, tak sangka viral macam ni,” tulis pengguna Facebook, Desi Puspitasari yang juga seorang bidan kampung.

Menurut Desi, dia membantu melahirkan bayi itu sekitar pukul 8.40 pagi (waktu tempatan).

Ketika Desi bersiap untuk pergi ke pusat mengundi di Kampung Celikah, pasangan itu datang ke pusat kesihatan kampung. 

Wanita itu mengadu sakit perut dan menunjukkan tanda-tanda akan bersalin. Dia kemudian meminta bantuan rakannya untuk membantu wanita itu melahirkan anak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI