fbpx

6 cemas terperangkap rumah pangsa didiami terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN kebakaran di rumah pangsa empat tingkat di Taman Pontian Utama, Pontian, Johor, tengah malam tadi.

PONTIAN – Enam penghuni rumah pangsa di Taman Pontian Utama, di sini berdepan detik cemas apabila kediaman empat tingkat itu terbakar dalam kejadian tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 12.53 tengah malam itu bagaimanapun menyebabkan seorang wanita berusia 38 tahun melecur pada bahagian tangan kanan.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, wanita itu diberikan rawatan oleh Pasukan Keluar Mencari (PKO) di lokasi kebakaran.

Menurutnya, kesemua enam mangsa terperangkap di ruangan tingkat satu rumah pangsa tersebut.

“Sebaik sahaja PKO tiba di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran rumah pangsa empat tingkat di Taman Utama dengan kebakaran berlaku di bahagian bawah melibatkan ruang bilik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Ruang berkeluasan 10 x 50 kaki telah terbakar lebih kurang 10 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Mahadir, empat buah motosikal yang melibatkan sebuah Yamaha Ego, Honda RS, Honda Wave 100 dan Yamaha LC yang diletakkan di kawasan tersebut telah musnah 90 peratus.

Jelas beliau, PKO bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera dan satu aliran 200 kaki pancutan air dari water tanker sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.

“Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 2.38 pagi dan siasatan mengenai punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan pihak kami,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI