fbpx

10 kawasan alami cuaca panas lebih 35 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 10 kawasan di beberapa negeri di Semenanjung termasuk Sabah, kini mengalami cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) setakat pukul 6 petang tadi.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), antara kawasan terlibat adalah Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena, Sik dan Baling di Kedah.

Jelasnya, dua kawasan lagi adalah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang dan Kuala Kangsar di Perak.

“Terdapat satu kawasan di Sabah berada pada tahap satu (berjaga-jaga) iaitu Beaufort,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, bagi cuaca panas tahap satu ini suhu maksimum harian 35 sehingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI