PETALING JAYA – Bekas pemain ragbi kebangsaan New Zealand, Sonny Bill Williams tiba di Malaysia hari ini bagi mengikuti satu program kerohanian yang berlangsung esok dan Ahad di ibu negara.
Sonny yang juga peninju profesional memaklumkan ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi video dimuat naik pada akaun media sosialnya.
“Assalamualaikum kami berada di Malaysia. Kami di sini untuk bertemu semua orang,” katanya pada video ringkas tersebut hari ini.
Malah, Sonny turut menyapa beberapa individu yang menyambut kedatangannya di KLIA.
Difahamkan, Sonny akan menghadiri program berbentuk kerohanian iaitu ‘A Step Nearer To God’ (selangkah lebih dekat kepada Tuhan) berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur bermula pukul 11 pagi hingga 4 petang.
Terdahulu, Sonny memeluk Islam pada tahun 2008 di Perancis sekali gus menjadi muslim pertama yang bermain untuk All Blacks. – KOSMO! ONLINE
Alhamdullilah made it to Malaysia! 🇲🇾 @faitheventsmy pic.twitter.com/lUPhhOWHbT
— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) February 16, 2024