fbpx

Tiga ekor buaya jantan ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua buayayang ditembak mati itu berukuran kira-kira 3.4 meter panjang.

LAHAD DATU – Sebanyak tiga ekor buaya jantan berukuran kira-kira 3.4 meter panjang ditembak mati dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa lokasi sekitar di daerah ini kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, operasi dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk di sekitar lokasi operasi bebas dari ancaman reptilia terbabit.

“Kita menjalankan operasi di sekitar Jeti PPM Lahad Datu, kawasan laut Kluster Industri Minyak Sawit (POIC), Sungai Sabah Baru, Kampung Puyut, Sungai Sapagaya dan Tabanak.

“Hasil operasi berjaya menembak mati tiga buaya dengan salah satunya adalah buaya bersaiz besar sepanjang 3.4 meter.

“Semua buaya yang dinaikkan ke darat diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad berkata, operasi dijalankan bagi mengawal populasi buaya dan mengurangkan serangan terhadap manusia serta kes-kes dibaham buaya di sekitar perairan Lahad Datu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI