fbpx

Pulau Langkawi antara 5 daerah di Kedah catat suhu panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lima daerah di Kedah iaitu Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang dan Pokok Sena berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) susulan cuaca panas hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, tahap berjaga-jaga itu adalah suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh MetMalaysia menerusi hantaran Facebook hari ini.

Kelmarin, MetMalaysia menjangkakan cuaca kering dan panas di Semenanjung berpotensi mencatatkan suhu melebihi 35 darjah Celsius terutama di negeri Utara.

Selain itu, cuaca buruk juga berpotensi berlaku di beberapa bahagian negeri Sarawak pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke awal pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI