fbpx

Pembuli jalanan naik Honda diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang memandu secara berbahaya (road bully) turun dari kenderaan membawa stering lock dan menunjukkan ke arah mangsa di Jalan Genuang, Segamat baru-baru ini.

SEGAMAT – Seorang suspek ‘road bully’ atau pembuli jalan raya kini ‘diburu’ pihak polis apabila memandu secara berbahaya di Jalan Genuang, Segamat pada 9 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, suspek diburu selepas seorang lelaki yang juga mangsa berusia 40 tahun membuat laporan polis.

Jelasnya, berdasarkan laporan mangsa, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7.40 pagi ketika dia sedang memandu kereta dari Jalan Buloh Kasap ke Bandar Segamat.

“Ketika kejadian telah datang satu kereta Honda HRV warna putih brek mengejut tanpa sebab. Mangsa yang sedang memandu terpaksa menekan brek secara mengejut dan menyebabkan anak-anaknya jatuh di dalam kereta.

“Mangsa telah memarahi lelaki tersebut. Suspek telah mengeluarkan ‘stering lock’ dan mengacu ke arah mangsa, namun mangsa meneruskan perjalanan seperti biasa,”katanya

Ahmad Zamry berkata, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506/279 Kanun Keseksaan dan mengesan suspek sedang dijalankan.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video berdurasi satu minit 44 saat di media sosial Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan jenis honda HRV berwarna putih dipandu secara berbahaya (road bully).

Ujarnya, dalam video berkenaan, kenderaan tersebut didapati beberapa kali menghalang laluan serta menekan brek secara mengejut dengan niat provokasi terhadap pemandu kenderaan lain.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI