fbpx

Rugi RM93.2 juta angkara pelaburan mata wang kripto AccerX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 135 laporan berkaitan penipuan pelaburan dikenali AccerX membabitkan kerugian berjumlah lebih RM93.2 juta setakat 14 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan awal mendapati skim tersebut mempromosikan pelaburan yang didakwa berasaskan mata wang kripto.

“Menggunakan laman Facebook sebagai medium iklan, mangsa yang berminat diperdaya untuk menyertai kumpulan WhatsApp dan kemudian diminta mendaftar di laman web “AccerX” untuk memulakan pelaburan.

“Dalam usaha menumpaskan sindiket ini, pada 7 hingga 9 Februari lalu, JSJK melaksanakan operasi besar-besaran di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak” katanya pada sidang akhbar di ibu negara hari ini.

Ramli berkata, hasil operasi itu, seramai 43 individu warga tempatan terdiri daripada 35 lelaki dan wanita telah ditahan.

Menurut beliau, kesemua mereka berusia 21 hingga 78 tahun disyaki berperanan sebagai pengarah syarikat, pemilik perniagaan, setiausaha syarikat dan pemilik keldai akaun yang digunakan untuk menipu mangsa.

Turut dirampas adalah 28 unit telefon bimbit, 14 set dokumen dan sekeping cek bank. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI