fbpx

Liga Futsal: Terengganu sahut cabaran guna ‘anak tempatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rozairi (tiga dari kanan) pada majlis memperkenalkan pasukan Terengganu bagi saingan MPFL musim ini di Kuala Terengganu semalam.

PASUKAN Terengganu optimis mampu memberi saingan dalam Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2024 yang membuka tirainya esok meskipun dibarisi seratus peratus pemain tempatan.

Jurulatih Terengganu, Mohd. Rozairi Ahmad berkata, ketiadaan awang import tidak menjejaskan motivasi Terengganu yang menyasarkan untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian musim lalu.

Beliau berkata, barisan pemain kali ini juga berwajah baharu dengan hanya lapan tonggak daripada musim lalu dikekalkan manakala 11 lagi pemain muda bawah 21 tahun.

“Dua daripada lapan pemain senior itu merupakan muka baharuan iaitu Ali Mat Amin daripada Pahang Rangers FC dan Akram Mukhriz daripada KL City FC.

“Seramai 11 pemain lagi adalah ‘ubi’ muda skuad Sukan Malaysia (Sukma). Kami turut menjadikan MPFL sebagai pendedahan terbaik bagimenghadapi temasya dwi-tahunan itu pada Ogos depan,” katanya pada majlis memperkenalkan pasukan di Kuala Terengganu semalam.

Musim lalu Terengganu yang diperkuatkan pemain muda Thailand, Supakorn Sangom dan Faris Thaiya berjaya menamatkan Piala Futsal Malaysia di tempat keempat selepas tumpas di suku akhir peringkat kalah mati liga.

Mohd. Rozairi berkata, situasi itu bagaimanapun tidak menggusarkan kem Sang Penyu yang turut berdepan persiapan singkat menjelang sepak mula bertemu KL City FC di laman sendiri pada esok.

Sebaliknya, beliau yakin Terengganu tidak akan menjadi pasukan belasahan sebaliknya mampu memberi cabaran dalam Divisyen 1. 

Mengulas lanjut persediaan bertemu KL City FC, Mohd. Rozairi berkata, kelebihan tempat sendiri harus dimanfaaatkan Terengganu untuk memulakan kempen MPFL dengan langkah kanan.

Ujarnya, meskipun melakukan persiapan singkat hanya dalam tempoh tiga minggu lalu dan menjadi pasukan tunggal tanpa awang import tahun ini, Terengganu seharusnya tidak berdepan masalah mengutip mata penuh.

“Kami tidak begitu pasti kekuatan KL City kali ini terutama kualiti pemain import mereka tetapi berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, saya optimis Terengganu boleh melakar kemenangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN