fbpx

LHDN pecah rekod kutip cukai RM183.3 bilion tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kutipan sebanyak RM183.3 bilion bagi cukai tahun lalu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melepasi sasaran kutipan yang ditetap RM176 bilion sekaligus menjadi rekod terbaharu dan tertinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin menjelaskan, kutipan tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak RM7.8 bilion atau 4.49 peratus berbanding 2022 menjadikannya kutipan tertinggi dalam sejarah.

“Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, kutipan hasil cukai oleh LHDNM pada tahun 2023 adalah sebanyak RM 183.3 billion iaitu peningkatan sebanyak RM7.8 billion dari tahun sebelumnya atau peningkatan sebanyak 4.49 peratus.

“Jumlah kutipan ini sebenarnya adalah yang tertinggi dalam sejarah kutipan cukai langsung negara. Di kesempatan ini juga saya bagi pihak LHDN ingin merakamkan ucapan berbillion terima kasih kepada semua pembayar cukai yang telah menyumbang kepada kutipan hasil negara dan memenuhi tanggungjawab sebagai pembayar cukai.

“Sudah pastinya setiap ringgit yang disumbangkan oleh rakyat kepada negara adalah penting dalam memastikan pembangunan dan kelesterian negara yang tercinta ini,” jelasnya ketika berucap pada Sesi Libat Urus Bersama Media di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, Abu Tariq menjelaskan, LHDN menerima 64,748 kes pengisytiharan sukarela, berjumlah RM573.476 juta daripada pembayar cukai baharu dan sedia ada menerusi program pendedahan sukarela khas (SVDP) setakat 31 Januari lalu.

Justeru, beliau menggesa pembayar cukai untuk mengambil bahagian dalam program itu bagi memastikan semua pendedahan yang dibuat di bawahnya akan dikecualikan daripada penalti. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI