fbpx

Kertas Putih KKM fokus transformasi digital, pembiayaan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (tengah) bersama Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan (dua kiri) memegang plakad sebagai simbolik majlis memeterai kolaborasi strategik antara KPJ Healthcare Berhad dengan Mayo Clinic, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberi fokus kepada transformasi digital dan pembiayaan menerusi pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan, tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, itu antara pembaharuan beliau dalam melaksanakan reformasi kesihatan negara.

“2024 adalah tahun untuk melaksanakannya dengan mengenal pasti fokus dan tumpuan kertas putih ini.

“Reformasi saya adalah berdasarkan dua aspek iaitu transformasi digital kesihatan termasuk sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dan reformasi sistem pembiayaan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kolobrasi Strategik antara KPJ Healthcare Berhad dan Pusat Akademik Kesihatan, Amerika Syarikat, Mayo Clinic di Hospital Pakar Damansara 2, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Dzulkefly berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti calon yang sesuai bagi mengisi kumpulan teknikal ‘Technical Working Group’ untuk menggerakkan agenda tersebut.

“Sudah ada perbincangan mengenai perkara ini. Jadi itu adalah yang pertama, paling kritikal adalah untuk mengenal pasti pasukan yang akan memacu perkara ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan itu akan mengambil sedikit masa bagi membina momentum yang baik sebelum melakukan pembaharuan yang lebih besar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI