fbpx

Ekonomi negara diyakini kukuh 4 hingga 5 peratus tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan yakin negara dapat mencapai pertumbuhan ekonomi lebih kukuh antara empat hingga lima peratus pada tahun ini.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 3.7 peratus pada 2023, selepas berkembang sebanyak 3.0 peratus pada suku keempat tahun lepas, disokong oleh aktiviti ekonomi dan keadaan pasaran pekerja yang terus pulih.

Pertumbuhan sederhana dalam persekitaran luaran yang mencabar pada tahun lepas, berikutan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 8.7 peratus dicatatkan pada 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim berkata, keyakinan itu berdasarkan atas asas kukuh dan pembaharuan yang dipetakan dalam Ekonomi Madani dan Belanjawan 2024.

“Kerajaan berazam untuk mengecilkan lagi defisit fiskal kepada 4.3 peratus tahun ini, selaras dengan komitmen dalam Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

“Kerajaan berjaya mengurangkan defisit fiskal kepada 5 peratus pada 2023 daripada 5.6 peratus pada 2022,” katanya hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, rangka kerja Ekonomi Madani menggariskan kepentingan pembaharuan ekonomi negara bukan sahaja dalam menangani cabaran sistemik, tetapi turut memberi tumpuan kepada bidang baharu pertumbuhan mampan dan daya tahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI