fbpx

Bisa ‘kuda tua’ Ronaldo belum berkarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (kiri) membuktikan ketajamannya apabila meledak gol kemenangan Al-Nassr walaupun berehat lama akibat masalah kecederaan sebelum ini. – AL-NASSR

RIYADH – Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr meletakkan sebelah kaki ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) setelah menewaskan Al Feiha 1-0 pada perlawanan pertama pusingan 16 terbaik di Sta­dium Putera Faisal Bin Fahd awal pagi semalam.

Penyerang sensasi yang juga kapten pasukan, Cristiano Ronaldo muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-81, sekali gus merakam jaringan pertama peribadinya pada tahun ini.

Keputusan tersebut memberi kelegaan kepada Al-Nassr yang beraksi secara kompetitif buat kali pertama dalam tempoh hampir dua bulan selepas saingan liga berehat kerana memberi laluan kepada penganjuran Piala Asia 2023 di Qatar.

Ronaldo, 39, yang terlepas beberapa perlawanan persahabatan diatur Al-Nassr ­sejak bulan lalu ekoran masalah kecederaan, mengakui dirinya kini sudah kembali cergas sepenuhnya.

“Sebelum ini saya memang cedera, tetapi kini tidak lagi ke­rana sudah pulih seratus peratus,” katanya.

Sementara itu, pengendali Al-Nassr, Luis Castro mengakui, pasukannya layak untuk menang kerana berjaya mendominasi perlawanan dan berharap dapat melangkah ke kelompok lapan kelab terbaik Asia nanti.

“Meskipun tidak beraksi hampir dua bulan, namun kami masih mampu menguasai sepenuhnya perlawanan dan saya percaya kami berhak untuk menang aksi kali ini.

“Sekarang bukanlah masa untuk meraikan keputusan ini kerana kami perlu fokus pada aksi timbal balik minggu depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI