fbpx

Ali Puteh berjaya kumpul RM75,000, hutang Hidayah bakal langsai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALI Puteh sudah berjaya kumpul RM75,000 demi melangsaikan hutang kepada kakak iparnya, Nor Hidayah.

PETALING JAYA – Pelawak Ali Puteh akhirnya berjaya mengumpul sebanyak RM75,000 hasil penjualan barangan peribadi dan produk makanan yang diusahakan bagi melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Nor Hidayah Hamzah.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berterima kasih kepada pembeli kereta, motosikal serta semua pembali sambal yang diusahakan bersama isterinya, Melati Fitri Abdullah.

“Siap! Terima kasih atas doa, terima kasih semua rakyat Malaysia. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda.

“Terima kasih yang membeli barangan saya. Sudah cukup RM75,000,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Hasil jualan berkenaan dipercayai akan digunakan untuk melangsaikan tuntutan saman yang dibuat balu kepada abangnya
Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Hamzah.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat yang turut berkongsi rasa syukur dengan usaha yang dilakukannya.

“Insya-Allah saya sokong bisnes Ali. Nak bayar jangan tunggu senang. Bayar sikit-sikit,” tulis seorang netizen.

“Bayarlah dan selesailah semua masalah. Semoga dimurahkan rezeki Ali sekeluarga,” kata pemilik akaun laman sosial lain.

“Kami tunggu Ali serahkan duit pada sebelah sana tu,” komen seorang pengikutnya.

Sebelum ini bapa kepada seorang anak itu menjual sebuah kereta jenis Honda Accord miliknya bagi mengumpul wang bagi membawar hutang berkenaan.

Dia juga dilihat turut menjual barangan kesayangan lain, termasuk sebuah motosikal RXZ.

Lebih menarik perhatian netizen apabila Ali juga sanggup melepaskan trofi kemenangan dalam program televisen yang pernah disertai sebelum ini termasuk Maharaja Lawak Mega.

Sebelum ini kakak iparnya itu mendedahkan Ali masih belum menjelaskan hutang kepadanya sebanyak RM75,000.

Jumlah tersebut membabitkan ganti rugi yang ditetapkan mahkamah selepas pelawak terbabit kalah tuntutan saman fitnah yang difailkan Hidayah pada Mei 2020.

Konflik antara Ali da Hidayah tercetus selepas kematian Abam pada Februari 2020 kononnya melibatkan pembahagian harta peninggalan pelawak itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI