fbpx

4,741 kes jenayah komersial libatkan kerugian lebih RM558 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
logo PDRM
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,741 kes jenayah komersial melibatkan kerugian RM558,668,375 dilaporkan kepada pihak polis dari 1 Januari hingga 11 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ia merupakan peningkatan 34.3 peratus kes berbanding 3,530 kes direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.

“Berbanding tempoh sama tahun lalu nilai kerugian RM181,610,712. Nilai kerugian mencatatkan kadar peningkatan yang cukup besar dengan 207.6 peratus.

“Perubahan senario jenayah komersial ini menuntut ketekunan dan kesungguhan pegawai-pegawai JSJK untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik khususnya dari aspek siasatan dan pembanterasan,” katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.

Ramli berkata, sepanjang tempoh 1 Januari hingga 11 Februari 2024 juga, sebanyak 2,065 kertas siasatan telah dituduh bersamaan 49 peratus daripada keseluruhan kertas siasatan yang dibuka.

Ujar beliau, jumlah itu juga adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun 2023 iaitu 1,736 kertas siasatan yang dituduh.

Tambah beliau, trend peningkatan kes dan nilai kerugian yang direkodkan merupakan satu cabaran kepada JSJK untuk terus melipatgandakan usaha dalam membanteras kegiatan jenayah komersial.

“Pada masa yang sama, PDRM turut menyeru penglibatan setiap lapisan masyarakat untuk memainkan peranan masing-masing khususnya dalam usaha pencegahan jenayah komersial,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI