fbpx

20 pos PGA di Selangor siap dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin meninjau kuarters Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di sepanjang 337 kilometer pesisiran pantai Selangor telah siap dinaik taraf sepenuhnya mengikut peruntukan kerajaan berjumlah RM45 juta.

Kerja-kerja menambah baik beberapa kemudahan itu termasuk kuarters kediaman Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, 20 pos termasuk satu markas taktikal ini sangat penting untuk menyekat dan awasi sebarang ancaman.

“Ia termasuklah penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), barangan kontraban, dadah dan segala macam ancaman.

“Terdapat 151 pos PGA seluruh negara di mana 20 pos PGA yang mengawasi perairan Selangor telah disiapkan sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan di kuarters Pasukan Gerakan Am Briged Tengah di sini, hari ini.

Tambah Saifuddin, tahun lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM45 juta untuk menaik taraf pos PGA dan hampir semua siap ikut jadual.

Ujarnya, tempoh pembinaan mengambil masa satu sehingga tiga bulan selain kualiti pembinaan juga sangat baik.

Saifuddin berkata, aspek ini sangat penting untuk tingkatkan kualiti pasukan dan anggota juga lahirkan rasa gembira dqn syukur kerana penambahbaikan ini sudah lama ditunggu.

Tambahnya, KDN turut menerima peruntukan RM200 juta tahun ini untuk menaik taraf kemudahan beberapa unit kuarters kediaman PGA.

“Dua unit yang asalnya bersebelahan, kita buka dan jadikan sebagai satu unit yang lebih luas selain cat baharu, wiring yang dibaik pulih, kabinet dapur serta bilik air.

“Jangkaan kesemua kuarters kediaman siap adalah pada suku kedua tahun ini,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI