fbpx

10 pekerja kilang hidu gas ammonia bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memeriksa kebocoran gas ammonia di kilang itu.

SHAH ALAM – Seramai 10 pekerja dua buah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7 di sini dikejarkan ke hospital selepas terhidu gas ammonia yang bocor hari ini.

Kejadian pada pukul 11 pagi itu melibatkan mangsa rakyat tempatan terdiri daripada lapan wanita dan dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an.

Kesemua mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, lapan pegawai dan anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pukul 11.15 pagi.

“Kebocoran gas ammonia itu daripada injap tangki penyimpanan gas ammonia,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Ahmad Mukhlis, kerja bagi menutup injap bocor itu sedang giat dilakukan Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI