fbpx

The Citizens selangkah ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN meraikan kejayaannya meledak gol ketiga City dalam kemenangan ke atas Copenhagen awal pagi semalam. – MAN. CITY

COPENHAGEN – Kapten Manchester City, Kevin De Bruyne menjadi inspirasi buat pasukan itu ketika mencatat kemenangan 3-1 ke atas FC Copenhagen pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Stadium Par­ken awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, De Bruyne meledak satu gol selain melakukan dua lagi umpanan jaringan buat Bernardo Silva dan Phil Foden, manakala gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Magnus Mattsson.

De Bruyne berkata, dia gembira dengan kemenangan itu memandangkan Parken bukanlah tempat yang mudah untuk dikunjungi memandangkan penyokong-penyokong tuan rumah memberikan tekanan cukup ­tinggi kepada mereka.

“Apa yang pasti perlawanan hari ini (semalam) sangat sukar kerana kami pernah bermain di sini beberapa kali. Keadaan stadium cukup hebat dan Copen­hagen memberikan segala-gala­nya pada perlawanan ini.

“Mereka mengharungi aksi peringkat kumpulan yang cukup baik dan kami sangat menghormati pasukan lawan. Kami me­mulakan perlawanan dengan baik, namun ada melakukan satu kesilapan sehingga memboleh­kan mereka menjaringkan satu gol,” katanya.

Bintang antarabangsa Belgium itu juga percaya The Citizens sepatutnya mampu menjaringkan lebih banyak gol, terutama­nya pada separuh masa ke­dua apabila mereka mencipta ­deretan peluang.

“Kami mencipta banyak ­peluang di separuh masa kedua, jadi sepatutnya kami menang dengan jaringan lebih besar. Apa yang paling penting adalah kami memiliki kelebihan menjelang aksi timbal balik nanti,” ujar De Bruyne.

Menariknya, City turut muncul sebagai kelab pertama dari England merekodkan kemena­ngan terpanjang dalam sejarah Liga Juara-Juara apabila menang sembilan perlawanan berturut-turut sejak menewaskan Real Madrid 4-0 pada separuh akhir kedua musim lalu.

Bagaimanapun, juara Eropah itu terpaksa membayar harga mahal terhadap kemenangan itu apabila kehilangan Jack Grea­lish disebabkan kecederaan otot dalam aksi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI