PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di enam negeri sehingga pukul 7 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara yang terlibat.
“Antara yang terlibat adalah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Selain itu, Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim), Pahang (Bentong) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah) juga dijangka menerima hujan lebat.
“Menerima cuaca buruk sama, Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Betong dan Sibu (Selangau) turut terkesan,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE