fbpx

Ryanair batal semua penerbangan ke Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan pesawat Ryanair di sebuah lapangan terbang di Dublin. - Foto AFP

DUBLIN – Syarikat penerbangan Ryanair membatalkan semua penerbangan pergi dan balik dari Israel sepanjang bulan Mac dan April ini, lapor laman berita The Palestine Chronicle semalam.

Keputusan itu dibuat ketika tentera Rejim Zionis berterusan melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza bagi menghapuskan Hamas. 

Ryanair dilaporkan menghubungi penumpang yang telah menempah penerbangan lebih awal dengan memberitahu bahawa mereka berhak untuk mendapat bayaran balik tambang.

Syarikat yang berpangkalan di Ireland itu juga membenarkan penumpang untuk menempah tarikh penerbangan lain atau menggunakan pesawat alternatif lain ke Israel.

Ia bagaimanapun tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai pembatalan tersebut.

Bagaimanapun, Ryanair berkata, keputusan itu disebabkan oleh kos operasi lapangan terbang yang tinggi.

Pada 5 Februari lalu, syarikat penerbangan El Al Israel Airlines Ltd mengumumkan bahawa ia tidak akan memulakan semula penerbangan terusnya ke Dublin dengan memetik perubahan dalam permintaan pelanggan sejak tentera Israel menyerang Gaza. 

Ireland diketahui sebagai satu daripada negara Eropah yang paling lantang menentang pencerobohan Israel ke atas Gaza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI