IBU mana yang tidak sayangkan zuriat sendiri, lebih-lebih lagi sudah menjaga anugerah kiriman Tuhan itu dari dalam perut sehingga pandai berdikari.
Perasaan sama turut dirasai bekas isteri kepada Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman atau lebih mesra disapa sebagai Mamazie yang meluahkan kerinduan terhadap anak-anaknya.
Perkara itu dikongsikannya dalam laman Instagram bersama paparan gambar dengan insan kesayangan termasuk puteri sulungnya, Shila Amzah.
Begitupun dalam ruangan komen, seorang netizen meminta ibu kepada penyanyi terkenal itu bersikap lebih neutral serta tidak pilih kasih kepada anak-anaknya.
Individu terbabit memintanya neutral tanpa bersikap pilih kasih lagi agar mereka sekeluarga dapat kembali bersatu.
Tidak menunggu lama, Mamazie dilihat bertindak membalas komen berkenaan dengan mengakui kesilapannya dan menyatakan dia telah meminta maaf kepada kesemua anak-anaknya.
Sebak pula Mizz Lahar baca coretan Mamazie. Buang yang keruh, ambillah yang jernih.
Mizz Lahar: Keliru dengan identiti anak seorang selebriti, lelaki atau perempuan?