fbpx

Penyokong Prabowo botakkan kepala rai kemenangan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan pasukan kempen Prabowo-Gibran mencukur rambut sejurus keputusan awal diumumkan semalam. – CNN Indonesia

JAKARTA – Berpuluh-puluh sukarelawan pasukan kempen pilihan raya regu Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka, mencukur rambut sebagai tanda meraikan kemenangan tidak rasmi dua calon tersebut, lapor saluran berita CNN Indonesia.

Tindakan itu dibuat berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada kaedah kiraan pantas yang dikeluarkan beberapa badan kaji selidik yang dilantik pemerintah.

Berdasarkan kiraan pantas setakat ini, regu Prabowo-Gibran mendahului kiraan undi dengan meraih sekitar 58 peratus undian.

Menurut salah seorang sukarelawan, Ramli, 55, keyakinan kejayaan dua pemimpin itu dalam pilihan raya Presiden (Pilpres 2024) menjadi alasan mereka bertindak demikian.

“Ya, kami bernazar. Sekiranya Prabowo menang, kami bernazar akan mencukur rambut. Alhamdulillah, kami gembira beliau menang,” katanya.

Sementara itu, Gabenor dan Wakil Gabenor Jawa Timur tahun 2019-2024, Khofifah Indar Parawansa berkata, pihaknya sedia maklum bahawa semua orang perlu menunggu keputusan rasmi yang akan diumumkan oleh jawatankuasa pilihan raya Indonesia pada bulan depan.

Namun, beliau yakin bahawa keputusan di semua daerah seluruh Indonesia dan wilayah Jawa Timur akan menunjukkan bahawa Prabowo dan Gibran bakal memimpin negara itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI