fbpx

Pegawai JAS Johor kurang, sukar pantau kilang secara efisien

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIAN SOON (kanan) mendengar taklimat berhubung aspek alam sekitar dari Famey Yusoff setelah dilantik memikul portfolio Alam Sekitar negeri baharu berkuatkuasa kelmarin.

JOHOR BAHRU – Jumlah pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri ini tidak mencukupi untuk melaksanakan tugas pemantauan secara efisien terhadap kesemua 8,772 kilang yang berdaftar di Johor, ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kekurangan pegawai itu secara tidak langsung menyebabkan 14 sungai di negeri ini masih tercemar pada tahap membimbangkan.

Sehubungan itu katanya, satu jawatankuasa khas antara agensi telah ditubuhkan bagi membantu JAS dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) tangani isu pencemaran secara bersama.

“Pada ketika ini jumlah pegawai adalah tidak mencukupi untuk memantau kilang-kilang sepanjang masa, maka pemilik industri dan orang ramai juga perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan bagi memastikan kebersihan alam sekitar terpelihara.

“Berhubung 14 sungai tercemar itu, saya telah bincangkan aktiviti dan tindakan seterusnya bagi memastikan kualiti air sungai Johor dipertingkat.

“Jabatan Alam Sekitar negeri akan terus memperkasa penyeliaan bagi meningkatkan kesedaran untuk memastikan insiden pencemaran “Sungai Kim Kim” tidak berulang,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah JAS Johor, Dr. Famey Yusoff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI