fbpx

Ismail Sabri kembali bergelar pelajar di UUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri berkongsi gambar kad pelajar yang diterimanya hari ini di Facebook.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan telah melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dalam masa sama beliau turut memaklumkan, telah pun menerima kad pelajar, namun tidak dinyatakan secara terperinci tentang program yang dipilih.

“Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar. Rasmi, hari ini saya jadi pelajar. Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar.

“Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perkongsiannya itu mencetuskan keterujaan orang ramai yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada beliau.

Tahniah Datuk Seri, semoga semua dipermudahkan belajar,” ujar Ganak Kamin S.

“Tahniah Datuk Seri, moga maju jaya. Tuntutlah ilmu selagi ada kemahuan,” ucap Aini Isma.

“Hebat Datuk Seri, tiba-tiba terasa nak sambung lagi,” kongsi Lala Sheila. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI