PETALING JAYA – Empat buah negeri diramalkan dilanda hujan lebat dan ribut petir sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataannya berkata, antara negeri terlibat adalah Negeri Sembilan dan Melaka.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Negeri Sembilan (Tampin) dan Melaka (Jasin).
“Selain itu turut terlibat, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dan di Sarawak (Kuching),” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE