fbpx

BATC: Misi wajib menang Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA bakal menggalas peranan besar buat negara untuk menewaskan Taiwan pada aksi terakhir Kumpulan B hari ini. – AMIR KHALID

PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky memberi amaran kepada skuad badminton lelaki supaya tidak memandang rendah keupayaan Taiwan menje­lang aksi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) hari ini.

Aksi terakhir Kumpulan B itu bakal menjadi penentu pasukan yang akan melayakkan diri ke suku akhir sebagai juara kumpulan selepas berdepan lawan kerdil dalam dua perlawanan terdahulu.

Sekiranya mahu mendapatkan undian lebih mudah di suku akhir, Malaysia wajib mencatat kemenangan ke atas Taiwan pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam, Selangor itu.

Rexy menegaskan, kedua-dua pasukan memandang serius per­lawanan tersebut, justeru barisan pemain negara perlu bersedia sepenuhnya, terutamanya dari segi kemampuan teknikal dan kekuatan mental.

“Sebenarnya semua orang, terutamanya pemain memberi tumpuan kepada aksi terakhir, begitu juga dengan Taiwan. Dari sudut pasukan mereka, ia sama seperti kita yang menantikan aksi ini.

“Bagi perlawanan ini, kami bukan sahaja perlu mempersiapkan diri dari segi teknik, malah perlu menguruskan diri serta mental pemain bagi memastikan mereka sentiasa dahagakan kemenangan di dalam gelanggang,” katanya.

Berhubung tahap kecergasan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang baru pulih dari­pada kecederaan belakang, beliau menjelaskan, barisan kejuru­latihan sentiasa memantau kondisi pemain No. 15 dunia itu.

“Buat masa sekarang kita sudah melihat dia bermain sebelum ini, jadi kita akan duduk berbincang lagi.

“Dalam masa sama kita akan mempersiapkan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Eogene Ewe. Jika kita terlalu menekan, bimbang mendatangkan risiko pada kecederaannya,” ujar Rexy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI