fbpx

[VIDEO] 200 suku Mah Meri teruskan tradisi Hari moyang laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masyarakat orang Asli melakukan tarian pada ritual pada perayaan Hari Memperingati Moyang Laut di pantai sekitar Pulau Carey. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

KUALA LANGAT – Tradisi perayaan Hari Memperingati Moyang Laut diteruskan masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri yang dikatakan telah menetap di daerah ini lebih 300 tahun lalu.

Mereka yang tinggal di Pulau Carey tersebut memohon hajat agar dilimpahkan rezeki, kesihatan dan keselamatan pada perayaan tahun ini.

Menurut Tok Batin Kampung Sungai Judah, Daiman Peron, acara tahunan itu wajib dilakukan supaya masyarakat Orang Asli di Pulau Carey khususnya tidak ditimpa bencana dan malapetaka.

Katanya, sambutan tersebut dilakukan selama tiga hari dengan kemuncak pda hari kelima sambutan Tahun Baharu Cina.

“Sambutan ini signifikan dengan seluruh masyarakat Orang Asli Mah Meri akan berhimpun menyatukan moyang darat dan moyang laut dalam satu upacara khas.

“Ini bagi memohon perlindungan daripada moyang kami supaya dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun, diberikan rezeki dan keselamatan selain tanda syukur kami kepada moyang,” katanya di sini hari ini.

Lebih 200 masyarakat Orang Asli Mah Meri berhimpun pada upacara spiritual dengan dimulakan berkumpul di rumah Tok Batin sebelum berarak ke pantai sejauh kira-kira tiga kilometer.

Upacara itu turut diserikan dengan paluan gong dan gendang serta tarian khas mereka.

Mengulas lanjut, Damian menegaskan terdapat pantang larang perlu dipatuhi dalam tempoh tiga hari sambutan tersebut.

“Ini termasuk tidak boleh turun ke laut untuk menangkap ikan dan petik daun hijau serta berkaitan dengan laut seperti pokok bakau, membaling batu malahan bersiul untuk mengelak sebarang malapetaka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI