fbpx

Warga emas kahwin buat kali ke-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANAN (dua dari kanan) berkahwin buat kali ke-14 dengan Somnuek pada Hari Valentine di Klonh Root, Krabi. - Foto Facebook

BANGKOK – Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun menandatangani sijil perkahwinan buat kali ke-14 hari ini, lapor laman berita Thaiger.

Sanan Kongsoon berkata, dia berharap agar isterinya, Somnuek Saengkaew, 56, akan menjadi wanita terakhir dalam kisah cintanya selepas bercerai dengan 13 isteri sebelum ini. 

Pejabat Daerah Mueang Krabi mengadakan majlis khas sempena sambutan Hari Kekasih di Klonh Root, Krabi.

Seramai 11 pasangan menyertai majlis perkahwinan beramai-ramai di lokasi tersebut dengan berlatarbelakangkan keindahan alam semula jadi.

Pasangan yang paling menarik perhatian media dalam majlis itu ialah Sanan dan Somnuek.

Sanan mendedahkan bahawa dia sebelum ini telah berkahwin dengan 13 wanita lain, namun ia diakhiri dengan perceraian.

Tambah lelaki itu, dia yakin bahawa Somnuek akan menjadi cinta sejati seumur hidupnya selepas berkenalan dengan wanita tersebut lebih sedekad lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI