fbpx

Wanita paksa anak mengemis jadi jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Indra dan anaknya ditahan polis pada 9 Februari lalu. - Ary News

NEW DELHI – Seorang wanita di bandar Indore, India mampu bergelar jutawan dan memiliki tanah selepas memaksa anak-anaknya mengemis di jalanan, lapor laman berita Ary News hari ini.

Pihak berkuasa dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menahan Indra Bai dan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun pada 9 Februari lalu.

Dia kemudian ditahan reman kerana memaksa anak-anaknya mengemis, manakala anak perempuannya dihantar ke pusat jagaan NGO Sanstha Pravesh.

Selain gadis itu, Indra mempunyai empat lagi anak perempuan dengan kesemuanya diarahkan mengemis di kawasan berbeza.

Semasa disoal siasat, Indra memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka memutuskan untuk mengemis kerana ia lebih baik berbanding mencuri.

Mereka dilaporkan memperoleh wang berjumlah 250,000 rupee (RM14,396) dalam tempoh 45 hari sebelum penahanannya.

Indra juga mengaku mempunyai sebuah rumah dua tingkat dan sebuah tanah pertanian di Rajasthan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI