fbpx

Tabung Kebajikan Pesakit Kanak-Kanak HPKK terima sumbangan RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Azizah beramah mesra dengan pesakit ketika Program Ziarah Madani Prihatin Kanser, di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, HPKK UKM, hari ini. -Foto SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menerusi Yayasan MyPrihatin, telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 ke Tabung Kebajikan Pesakit Kanak kanak, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Wan Azizah yang juga isteri Perdana Menteri, turut menyantuni pesakit-pesakit kanser kanak-kanak di hospital berkenaan menerusi Program Ziarah Madani Prihatin Kanser anjuran Yayasan MyPrihatin.

Beliau berkata, sumbangan berkenaan sebagai tanda prihatin terhadap golongan tersebut.

“Terpulang kepada mereka (HPKK UKM) bagaimana nak kendalikan sumbangan ini kerana mereka lebih arif untuk uruskan.

“Saya juga ada bercakap bagaimana kes penghidap kanser ini meningkat sedikit,” katanya selepas selesai melakukan lawatan ke atas pesakit di wad hospital berkenaan.

Dalam masa sama, beliau turut berharap supaya penyelidikan dapat terus dilakukan bagi tujuan penambahbaikan.

“Namun dalam masa sama, saya juga dimaklumkan tentang perkembangan kes (kanser) yang bagus dan mampu pemandiri selepas proses rawatan.

“Apa yang kita harap adalah untuk memperbaiki keadaan dan buat penyelidikan supaya dapat perbaiki apa yang perlu untuk kaji apa sebab dan punca (peningkatan kes kanser), serta bagaimana kita nak tanganinya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI