PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa di Istana Negara hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan tersebut turut disertai Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh serta Presiden Perbandanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud.
Sebelum ini, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff. – KOSMO! ONLINE