fbpx

SK Nexilis laksana kemudahan pinjaman hijau sebanyak RM2.3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapasiti kilang SK Nexilis dijangka bertambah ekoran pelaksanaan kemudahan pinjaman hijau untuk program kelestarian syarikat.

PETALING JAYA – SK Nexilis Co. Ltd. (SK Nexilis), pengeluar kerajang tembaga terbesar di dunia, mengumumkan pelaksanaan kemudahan pinjaman bertempoh bersindiket hijau (pinjaman hijau) sulung bernilai RM2.3 bilion bagi anak syarikatnya di Malaysia iaitu SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. (SK Nexilis).

Ia bertujuan untuk mem­biayai kos pembinaan kemudahan pembuatan kerajang tembaga luar negara yang pertamanya di Taman Perindustrian Kota Kinabalu, Sabah.

Kerajang tembaga yang dihasilkan akan digunakan secara eksklusif dalam bateri kende­raan elektrik, membolehkan ­penyelesaian pengangkutan lestari rendah karbon di pelbagai lokasi termasuk Korea, Malaysia, Poland dan Amerika Utara.

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank), yang bertindak selaku Penasihat Penstrukturan Pinjaman Hijau, telah memainkan peranan penting untuk ­menyusun pinjaman hijau ini dan memberi nasihat tentang Rangka Kerja Pembiayaan Hijau bersesuaian dengan objektif ESG SK Nexilis.

Ketua Pegawai Eksekutif SK Nexilis, Shin Dong Hwan berkata, kemudahan pembuatan baharu ini bukan sahaja menggalakkan inisiatif penyahkarbonan, tetapi­ menggalakkan lebih banyak pelaburan untuk mengukuhkan pembangunan rantaian bekalan global bagi kenderaan elektrik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Dong Hwan menjelaskan, pinjaman hijau itu adalah hasil usaha sama antara SK Nexilis, SKC Co Ltd dan SK Group, yang merupakan sebahagian daripada komitmen tidak berbelah bahagi terhadap ESG, seperti yang di­lihat daripada inisiatif Net Zero dan RE100. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI