fbpx

Runtuhan Turus Laut Kepala Ular disebabkan fenomena ombak besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Turus Laut Kepala Ular di Taman Negara Bako yang dilaporkan runtuh, semalam (kanan).

KUCHING – Keruntuhan formasi batu yang ikonik dan terkenal di Taman Negara Bako yang dikenali sebagai Turus Laut Kepala Ular berkemungkinan disebabkan oleh fenomena ombak besar yang berlaku di perairan Bako sejak beberapa hari yang lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Abang Arabi Abg Aimran berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pemandu Taman Negara Bako pada pukul 4 petang semalam.

“Turus laut ini merupakan salah satu khazanah geologi negara yang terbentuk daripada kesan hakisan batuan pasir selama berjuta-juta tahun.

“Formasinya yang unik dan indah telah memukau dan mempersonakan pandangan pengunjung yang datang melihatnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menyifatkan turus laut itu bukan sahaja menarik dari aspek keindahan semulajadinya tetapi juga telah banyak memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan tempatan, terutama sekali kepada pengusaha bot di Taman Negara Bako.

“Ramai pengujung telah melihat keindahan alam ini dan kita seharusnya sentiasa mengaguminya dan tidak mengambil mudah anugerah yang telah dikurniakan ini.

“Anugerah alam ini kadang-kadang boleh dipulihkan dan kadang-kadang tidak dapat digantikan,” katanya.

Menurutnya, satu set lengkungan laut dan turus laut ikonik yang serupa di Victoria, Australia, yang dipanggil 12 Rasul juga mengalami proses runtuhan yang sama.

Beliau berkata buat masa ini, daripada 12 tiang atau lengkungan yang asal, hanya tinggal lapan yang masih wujud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI