fbpx

Puteri Sarah saman ‘bekas staf’ RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira dengan jumlah saman sebanyak RM1 juta.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Puteri Sarah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira dengan jumlah saman sebanyak RM1 juta.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkongsi perincian saman tersebut menerusi media sosialnya sebentar tadi.

Berdasarkan tangkap layar surat yang dikongsikan, pihak Sarah memfailkan saman tersebut disebabkan beberapa perkara termasuklah terdapat kenyataan berbaur fitnah dan tidak benar mengenai dirinya yang bertujuan menjatuhkan reputasinya.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanya,” demikian coret Sarah pada entri yang dimuat naik dalam Instargram tersebut.

Antara tuntutan daripada pihak Sarah adalah permohonan maaf secara terbuka daripada pihak terbabit selain ganti rugi sebanyak RM1 juta.

“Menarik semula keseluruhan kenyataan yang tidak benar dan fitnah tersebut dan membuat satu permohonan maaf kepada anak guam kami (Sarah) secara terbuka.

“Ganti rugi sebanyak Rm1 juta secara berasingan sebagai ganti rugi untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej anak guam kami serta tekanan psikologi dan/atau mental dan/atau emosi yang dialami olehnya,” demikian antara tuntutan dalam surat dikongsikan Sarah.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan, terdapat lima bukti kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram.

Antaranya adalah menuduh Puteri Sarah mengambil dadah, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelar Puteri Sarah seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

Terdahulu, sebuah program hiburan menemu bual seorang individu yang mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang pelakon terkenal yang juga merupakan rakan perniagaannya.

Dakwa individu terbabit, aktres itu telah memutar belit cerita dan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar dalam laman sosial.

Selain itu, dia juga mendakwa sudah berusaha untuk berjumpa dengan aktres terbabit bagi berbincang dan menyelesaikan masalah antara mereka, namun tiada respon diberikan.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun rata-rata netizen mendakwa aktres yang dimaksudkan ialah Puteri Sarah.

Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata mendakwa seorang pegawai pemasaran yang dilantik telah mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan perniagaan yang diperolehnya.

Menurut aktres itu, dia telah mengupah individu berkenaan sejak Oktober tahun lalu untuk mengendalikan pemasaran produknya, namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard yang ditetapkan.

Bertambah buruk lagi, apabila individu itu tidak mengotakan janjinya untuk menjadi ejen atau stokis produk berkenaan.

Tegasnya, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai pemasaran terbabit sekiranya masih berdegil memulangkan wang berjumlah RM26,000 miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI