fbpx

Pesawat terhempas: Punca kematian dua mangsa akibat pelbagai kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijaya ketika ditemui di luar perkarangan Jabatan Forensik HTAR, Klang, hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Hasil bedah siasat mendapati punca kematian dua mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, adalah pelbagai kecederaan akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, keputusan itu diperoleh selepas proses bedah siasat selesai dijalankan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pukul 12.15 tengah hari tadi.

“Proses berkenaan dilakukan petugas jabatan Forensik hospital itu bermula pukul 10 pagi.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca ‘multiple injuries due to plane crash’ (pelbagai kecederaan akibat nahas),” katanya ketika ditemui di luar perkarangan Jabatan Forensik HTAR, hari ini.

Menurut Vijaya, pengecaman mayat mangsa turut dilakukan menerusi cap jari dan disahkan mereka berpadanan dengan identiti sebelum ini.

“Mereka dikenalpasti sebagai mendiang Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, iaitu juruterbang dan pembantu juruterbang, mendiang Roshaan Singh Raina, 43.

“Kita akan menyerahkan mayat kedua-dua mangsa kepada keluarga hari ini namun tidak dipastikan lokasi pengebumiannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Vijaya berkata, siasatan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan melibatkan dua lokasi serpihan pesawat tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI