fbpx

Pesawat Terhempas: Enjin pesawat dibawa keluar guna jengkaut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enjin pesawat ringan BK 160 Gabriel dibawa keluar menggunakan jengkaut dari kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, hari ini. -Foto YUNUS YAKKUB

KLANG – Proses membawa keluar kerangka badan termasuk kokpit pesawat ringan model BK 160 Gabriel sedang giat dilakukan dari kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda hari ini.

Pengeluaran serpihan itu dilakukan menggunakan sebuah jengkaut yang mula memasuki kawasan kebun tersebut kira-kira pukul 10.50 pagi.

Berdasarkan pemerhatian Kosmo! mendapati antaranya telah dibawa keluar adalah enjin dan serpihan kerangka badan pesawat.

Semua serpihan itu kemudiannya diletakkan dalam sebuah lori sebelum akan dihantar ke sebuah hangar berhampiran Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang.

Jarak antara lokasi kerangka badan utama pesawat itu dengan lori tersebut adalah kira-kira 70 meter.

Seramai tujuh anggota termasuk pegawai Biro Siasatan Kemalangan Udara terlibat dalam operasi hari ini selain dibantu Pasukan Gerakan (PGA), polis dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI